BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
">
">

Saturday, October 2, 2010

SEJARAH KAMPUNG
JKKK Sungai Setar ini terletak didalam Mukim 9 dan Mukim 10, Pekan Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


Bermula dari 1.1.2003 berlaku persempadanan semula bagi kali ke 2 kepada JKKK ini.  Kawasan baru yang diletakkan  semula dibawah pentadbiran JKKK ini ialah sebahagian Kg Sg Setar Kechil (kawasan sebelah kiri menuju ke Pekan Kecil Sungai Acheh).  Ini bermakna keseluruhan kampung Sungai Setar Kechil, Mukim 10, diletakkan terus dibawah pentadbiran JKKK Sungai Setar.
Mulai 1.5.2008 nama JKKK Sungai Setar di kenali sebagai JKKK PERSEKUTUAN SUNGAI SETAR.

Selepas persempadanan semula itu, maka rangkaian kampung-kampung berikut meliputi kawasan pentadbiran JKKK Sungai Setar adalah seperti berikut:



Kg Tanjong Berembang.

Kg Sungai Setar Besar.

Kg Sungai Setar Kechil.

Kg Sungai Tok Tuntung/Kota.

Kg Tanah Kebun.






Setiap kampung berkenaan mempunyai sejarah yang tersendiri:

Kampung Tanjong Berembang


Nama kampung ini diambil sempena terletaknya ditepi Sungai Kerian (bahagian sudut tanjong sungai berkenaan) yang terdapat banyak tumbuhan pokok buah berembang.


Kampung Sungai Setar Besar
Dan
Kampung Sungai Setar Kechil


Nama kampung ini diambil kerana kampung-kampung ini terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Setar dan suatu ketika dahulu terdapat dengan banyaknya pokok buah setar (buah kundang).


Kampung Sungai Tok Tuntung


Nama kampung ini diambil sempena haiwan tuntung yang suatu ketika dahulu banyak mendarat di tebing sungai di kampung berkenaan.  Kampung ini suatu ketika dikenali sebagai Kampung Masjid dan Kota yang pernah menjadi benteng pertahanan Kesultanan Perak.







Kampung Tanah Kebun

Berasal daripada sebidang tanah estet yang ditanam dengan pokok getah seluas 100 ekar (kepunyaan seorang tauke berbangsa Cina – AI JIN ESTATE).  Estet ini telah dibeli oleh anak tempatan dan ditukarkan dengan tanaman menjadikan kebun pokok kelapa.

0 comments:

PETA SG SETAR

Sebarang kecemasan ,,,sila hubungi ,,,,,

Pengerusi kampung ; MOHD RASHID SHUIB
No Telefon :012-4534151
address: 2242 Tanjung Berembang 14310 Nibong Tebal S.P.S.

Zikrullah (In-Team)

You are not alone